Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM luluskan RM78 juta untuk bencana Yan, Kedah


YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan sebanyak RM78 untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastuktur di daerah ini dan Kuala Muda yang terjejas dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu.

Beliau berkata, antara kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf yang diberi perhatian ialah jalan raya, jambatan, bekalan air dan rumah penduduk yang rosak dalam tragedi itu.

“Peruntukan tersebut disegerakan untuk kebajikan penduduk dua daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.