Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penangguhan pemilihan kuasa mutlak MT UMNO, bukan ROS



PETALING JAYA: Penangguhan pemilihan UMNO adalah kuasa mutlak Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan oleh demikian, parti hanya perlu memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu dengan berdasarkan perlembagaan UMNO, maka isu yang dibangkitkan RoS yang berpandangan bahawa tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2020 tamat pada 30 Jun lalu adalah tidak lagi berbangkit.

“UMNO menegaskan bahawa berdasarkan rentetan kronologi surat menyurat antara parti dan RoS, maka wujud satu harapan yang sah untuk menangguhkan pemilihan parti.


“Oleh itu UMNO berharap polemik antara pihak UMNO dan RoS dapat diselesaikan, ditambah lagi Covid-19 yang tinggi mencecah sekitar 20,000 kes menambah kesukaran mesyuarat pemilihan diadakan dengan penglibatan 3.3 juta ahli dan 66,287 mesyuarat di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Semalam, RoS memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan MT, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah apabila keputusan dibuat oleh kepimpinan itu dibuat pada 7 Julai lalu sedangkan tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun.

Perkembangan itu menyaksikan kedudukan pemimpin parti itu tergantung sekali gus mengundang pelbagai persoalan membabitkan keputusan dibuat MT baru-baru ini.