Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pegawai-pegawai Menteri diarah kemas dan kosongkan pejabat



KUALA LUMPUR: Kebanyakan pegawai kementerian sudah mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing di Putrajaya susulan krisis politik yang berlaku hari ini.

Tanpa ingin menamakan kementerian mana, pegawai yang dihubungi Utusan Malaysia itu berkata, beliau telah mengemas pejabat kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Bukan saya sahaja, banyak pegawai lain juga yang dah kemas barang dan kosongkan pejabat. Saya hanya ikut arahan sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Namun ketika ditanya siapa yang memberi arahan tersebut, pegawai berkenaan hanya diam dan tidak mahu menjawab isu tersebut.


Petang tadi, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini.

Difahamkan, ia bagi membincangkan kedudukan kerajaan hari ini setelah pembangkang menolak tujuh tawaran yang diberikan menerusi persefahaman rentas politik.

Malah, Utusan Malaysia turut difahamkan malam ini, sebuah lagi pertemuan melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan diadakan yang tidak diketahui lokasinya.

– UTUSAN