Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Padah masukkan kacang dalam kemaluan, lelaki terpaksa dibedah

5 biji kacang yang berjaya dikeluarkan dari kemaluan lelaki berusia 30 tahun


Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan kecemasan apabila perbuatannya menyumbat enam biji kacang ginjal ke dalam zakar mengundang padah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai menyumbat kacang sebagai eksperimen ‘gila-gila’ dan berniat mahu mengeluarkannya kemudian.

Menurut Doktor Margeaux Dennis yang mengetuai pembedahan di Hospital Sparrow yang terletak di Michigan, Amerika Syarikat itu, mangsa pernah melakukan perkara serupa sebelum ini tetapi kacang itu berjaya dikeluarkan.

“Masalah timbul kali ini kerana dia menambah jumlah kacang dan membuatkan ia tersekat dalam saluran kencingnya.

“Dia cuba menarik kecang itu keluar menggunakan penyepit tetapi tidak berjaya. Mangsa akhirnya datang ke hospital dan meminta bantuan pakar,” kata Dennis.

Keenam-enam biji kacang itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan sistoskopi dan uretra pembuangan bendasing dalam badan.

Dennis turut memberitahu tiada kecederaan lain yang ditemui pada bahagian zakar mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu. 

– Agensi