Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Itu tandatangan hadir mesyuarat, saya tetap sokong keputusan MKT" -Noh Omar



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen UMNO, Tan Sri Noh Omar tampil menjelaskan pendiriannya setelah tersebar surat yang didakwa ada tandatangan beliau bersama 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat itu didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri ketika kenyataan media beliau pagi tadi.

Menurut Noh Omar, tandatangan yang tersebar itu bukan bertujuan untuk bersama-sama Menteri-Menteri UMNO yang lain untuk menyokong Muhyiddin, tapi ia adalah tandatangan kehadiran semasa mesyuarat sahaja.

Setakat ini beliau menyokong kenyataan Agong bahawa Kerajaan Perikatan Nasional masih sah sehingga Parlimen dibuka pada September nanti.


Beliau juga akan akur segala keputusan Agong sekiranya ada apa-apa perubahan yang dititahkan Agong sebelum September.

Mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, beliau memilih untuk setia bersama keputusan MKT iaitu menarik sokongan kepada Perdana Menteri di dalam persidangan pada September nanti.

Dalam pada itu, Noh Omar juga meminta Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO bagi menjelaskan dan membincangkan mengenai perkara ini.

-Tun Carlos