Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Datuk didakwa lakukan amang seksual ke atas dua orang cucu



SEREMBAN: Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang cucu kandungnya, tahun lalu.

Warga emas berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh yang merupakan seorang peneroka melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 10 dan lapan tahun dengan cara mencabul.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bahau lebih kurang pukul 11 malam antara Ogos hingga September 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Intan Athirrah Md Pazir.

-utusan