Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

31 individu berdemo di Dataran Merdeka dikompaun RM62,000


PETALING JAYA: Polis mengeluarkan kompaun RM62,000 terhadap 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang putih pada program memperingati mereka yang gugur disebabkan pandemik Covid-19.

Tindakan itu diambil selepas Pasukan Pematuhan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan mereka berhimpun di Dataran Merdeka pada pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, kesemua mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 itu terlebih dahulu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (perhimpunan tanpa notis); Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (no. 2) 2021 (kawalan berhimpun).


“Setiap seorang dikompaun RM2,000 setiap sebaik sahaja keterangan selesai diambil,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Noor Dellhan, orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.

-UTUSAN