Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Trafik masih sesak di Plaza Tol Gombak



PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak setakat pukul 1.48 tengah hari tadi.

LLM melalui Facebooknya berkata, kesesakan berkenaan berlaku sebelum masuk Plaza Tol Gombak ke arah barat menghala ke Kuala Lumpur.

Kesesakan trafik itu turut dikesan seawal pukul 10.12 pagi tadi.

Sementara itu, LLM turut melaporkan trafik dikesan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Sungai Besi arah selatan.

Semalam, LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli. – K! ONLINE