Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sidang penuh Dewan Rakyat 6 September



Speaker Parlimen Azhar Azizan Harun berkata sesi penuh persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 6 September.

Jelasnya, sidang parlimen yang telah diumumkan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos itu adalah persidangan khas Dewan Rakyat.

Azhar pada satu kenyataan hari ini berkata suatu Pemberitahuan Mesyuarat Khas telah dikeluarkan kepada semua anggota Dewan Rakyat.

"Bagi tujuan tersebut, saya juga dimaklumkan bahaya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberiperkenan untuk perdana menteri mengadakan mesyuarat tersebut walaupun Deklarasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa," katanya,


Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini.

Pada kenyataan berasingan, Azhar berkata, persidangan penuh, yang akan menjadi sesi keempat Parlimen ke-14, akan bermula pada 6 September.

Dia berkata persidangan pertama akan berlangsung dari 6 September hingga 30 September - jumlah keseluruhan 15 hari.

Persidangan kedua akan berlangsung selama 32 hari antara 25 Oktober dan 16 Disember.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan merasmikan persidangan pada 6 September depan.

Yang Di-Pertuan Agong telah bertitah menyarankan parlimen bersidang secepat mungkin supaya ahli-ahli parlimen dapat, antara lain, berbahas mengenai pandemik Covid-19.

Pun begitu, ahli parlimen pembangkang telah menyuarakan kebimbangan sidang Dewan Rakyat selama lima hari hanya akan menjadi sesi prosedur sekadar memenuhi permintaan Agong tanpa perbahasan yang bermakna.