Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penoreh getah gantung diri dalam kebun dekat Baling



BALING:  Akibat putus cinta, seorang penoreh getah ditemukan mati dipercayai menggantung diri dalam sebuah kebun getah di Kampung Air Merah, Malau, Kuala Ketil, di sini semalam.

Lelaki  berusia 34 tahun itu dikatakan kecewa dengan teman wanitanya kerana  mengakhiri hubungan percintaan mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada.pukjl.12.40 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang belum berkahwin sentiasa  berada dalam keadaan kemurungan dan bersendirian di kebun getah tersebut.


“Dia yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan kecewa dengan teman wanitanya yang memutuskan hubungan percintaan mereka.

“Berikutan kekecewaannya itu, dia sentiasa mengasingkan diri dan disyaki punca mangsa bertekad membuat keputusan untuk gantung diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki tersebut tidak tinggal bersama keluarga sebaliknya menumpang di rumah bapa saudaranya.

“Pemeriksaan awal ke atasnya mendapati tiada kesan luka atau darah di  badannya,” ujarnya.

Katanya, mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Kulim dekat sini untuk bedah siasat dan pemeriksaan Covid-19 dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

– UTUSAN ONLINE