Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib jadi pilihan orang ramai calon Perdana Menteri Interim



DATUK Seri Najib Razak menjadi pilihan orang ramai sebagai calon Perdana Menteri interim menewaskan enam tokoh pemimpin politik lain dalam undian poll di Facebook anjuran Malaysiapost.

Bekas Perdana Menteri itu memperolehi undian sebanyak 30,652 daripada 39,504 keseluruhan undi orang ramai yang telah mengundi poll itu.
 
Peratusan undi poll yang diterima Najib ialah 77.8 peratus jauh meninggalkan pilihan di kedudukan kedua iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu hanya memperoleh undi poll sebanyak 5,141 iaitu 13 peratus daripada keseluruhan undi poll.

Undian yang direkod pada pukul 9:00 pagi, 16 Julai 2021.


Manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi pilihan ketiga orang ramai untuk menjadi Perdana Menteri interim dengan memperolehi 2,030 undi poll.

Apa yang mengejutkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengatasi populariti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 745 undi poll.


Dr Mahathir yang juga Presiden parti Pejuang menduduki tangga kelima carta apabila memperolehi hanya 508 undi.

Undian poll ini juga membuktikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak digemari orang ramai untuk menjadi Perdana Menteri interim susulan menerima undian di bawah angka 500.

Hishammuddin telah menerima 301 undi manakala Azmin di kedudukan tercorot dengan hanya menerima 87 undi poll.

Undian poll yang dianjur oleh Malaysiapost telah berlangsung lima hari untuk meninjau pilihan orang ramai siapakah tokoh pemimpin yang layak dipilih mebjadi Perdana Menteri Interim. 

– Malaysiapost