Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki dari Sarawak gantung diri pada dahan pokok



PEKAN – Orang ramai di sekitar bandar ini gempar selepas seorang lelaki ditemukan mati tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan Riverfront di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian disedari orang awam kira-kira pukul 8 pagi yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati si mati dipercayai menggantungkan diri menggunakan tali yang diikat pada dahan pokok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, mayat lelaki berusia 37 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut. 

– K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929