Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hishammuddin berjaya dapatkan lagi 1 juta dos vaksin Pfizer dari AS percuma



CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbang 1 juta dos vaksin Pzifer kepada Malaysia.

Kata Hishammuddin menerusi catatan Facebooknya, sumbangan vaksin Pzifer yang diterima ini adalah percuma.

Ini adalah hasil setelah beliau mencadangkan agar kerajaan kurangkan birokrasi dalam menerima tawaran sumbangan vaksin dari negara-negara sahabat pada bulan lalu agar program vaksinisasi negara berjalan cepat bagi mencapai imuniti kelompok.

“Amerika Syarikat sumbang 1 juta dos vaksin Pfizer secara percuma kepada Malaysia yang mana ia bakal tiba di tanah air esok.

“Terima kasih kepada rakan sejawat saya, TYT Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik #COVID19 melanda tahun lalu,” ujar beliau.

Disamping itu kata Hishammuddin lagi, beliau dan rakan sejawatnnya Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia  Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik.


Terdahulu pada 2 Julai lepas, Malaysia juga telah menerima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca secara percuma dari negara Jepun.

Sumbangan kemanusiaan ini adalah bukti keakraban antara kedua-dua negara Malaysia-Jepun.

Ujar Hishammuddin, beliau amat berterima kasih kepada rakan sejawatnya TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik ini yang menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia

-Suara.TV