Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wan Saiful selar "kluster merungut", dakwa keputusan kerajaan buat lockdown berjaya turunkan kes


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu berkata keputusan kerajaan melaksanakan kawalan perintah pergerakan (PKP) penuh adalah tepat dan telah mula menunjukkan hasil.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.

“Realitinya, kita telah mula melihat hasil positif daripada tindakan kerajaan.

“Walaupun ada pihak yang tak habis-habis merungut untuk meraih kepentingan politik peribadi, data menunjukkan bahawa kita berada di jalan yang betul dan boleh berjaya jika terus mematuhi segala nasihat yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, kes positif pada hari ini telah menurun sebanyak 5,271 kes dan kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk seluruh negara menunjukkan trend penurunan sejak minggu lalu sehingga mencecah di bawah paras 1.0 buat kali pertama kali sejak dua bulan lalu.

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, kadar kebolehjangkitan semalam adalah 0.99 berbanding 1.00 sehari sebelumnya.

Nilai R-naught (R0) negara adalah 1.16 pada 29 Mei lalu, sebelum ia mula merosot kepada 1.12 keesokannya, 1.09 pada 31 Mei, 1.00 kelmarin dan 0.99 semalam.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata pihak yang menyalahkan kerajaan dengan menyifatkan sebagai “kluster merungut” perlu dibiarkan terus merungut kerana mereka memang mahu mencari perhatian.

Katanya, apa jua yang dibuat sekalipun, kluster merungut berkenaan akan sentiasa mencari jalan untuk merungut.


“Saya menyeru semua kita, tak kira rakyat biasa mahupun mereka yang berpangkat, untuk bersungguh-sungguh mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Yang penting kita jaga kita dan jaga saudara-mara serta jiran-jiran kita supaya kita semua akan menyumbang dalam perang melawan Covid-19 ini.

“Kerajaan sedang berusaha sehabis baik dalam mengeluarkan dan menguatkuasakan SOP. Mari kita sokong usaha kerajaan demi kesihatan kita dan keluarga kita sendiri,” katanya.

-FMT