Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga anggota polis di Kedah larikan peti besi wang berjumlah RM400,000 berjaya ditangkap


ALOR SETAR: Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan kerana disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM400,000 selepas memecah masuk pejabat cawangan sebuah syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mereka terlebih dahulu mematikan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) dengan mencabut fius utama bekalan elektrik di luar pejabat tersebut.

Menurutnya, selepas itu suspek memecah masuk premis itu dengan cara mengumpil pintu utama sebelum  membawa lari sebuah peti besi berisi wang tunai berjumlah RM400,000.

Katanya, wang tunai itu adalah  hasil kutipan daripada khidmat tunai ketika penghantaran yang dikumpulkan di pejabat berkenaan.





“Bagaimanapun, hasil maklumat awam kami menahan salah seorang daripada suspek selepas beberapa jam kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau memberitahu, polis menahan dua lagi suspek pada Khamis lalu, sebelum menahan tiga anggota polis terdiri daripada seorang sarjan dan dua koperal di sini, semalam.
v>

Katanya, kesemua yang ditahan itu berusia antara 30-an hingga 50-an.

Kkkkkkkkkkkk

“Pihak kami juga menemukan semula wang tunai berjumlah kira-kira RM263,295 yang dilarikan itu.

“Selain itu, beberapa barangan antaranya sebuah peti besi, tujuh telefon pintar, dua kad sim dan satu mesin pencanai turur dirampas bagi membantu siasatan. 

“Setakat ini, kami masih menyiasat peranan dimainkan oleh ketiga-tiga anggota polis tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini, pihaknya masih memburu dua individu yang dipercayai mampu membantu siasatan kes tersebut.

“Individu pertama adalah Muhammad Nur Fahmi Che Pi berusia 28 tahun dengan alamat terakhir di Kampung Berjaya, dekat sini manakala individu kedua adalah Muhamad Amin Hassan, 23.

“Kami percaya mereka masih berada dalam daerah ini dan mampu membantu siasatan termasuk berkaitan baki wang kira-kira RM130,000 yang masih belum ditemukan,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Julai depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE