Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja ditemui berenang berseorangan di tengah lautan mengejutkan kru tentera laut


Individu mana yang tidak terkejut apabila melihat sesuatu objek yang terapung sejauh 45 kilometer dari daratan dan di tengah laut dan sudah pasti perasaan ingin tahu muncul untuk mengenal pasti objek tersebut.

Menerusi laporan Detik News, Kapal Perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut, KRI Sembilang-850 berjaya menyelamatkan  seorang remaja yang ditemukan di tengah laut Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Jakarta sewaktu melakukan rondaan harian, Jumaat lalu.

Difahamkan, remaja berusia 14 tahun itu merupakan mangsa yang terjatuh daripada sebuah kapal menuju ke Pulau Harapan. 


Kapal perang tersebut mengesan satu objek lebih kurang 100 meter daripada kapal dan apabila pihak tentera datang menggunakan bot penyelamat lebih kurang 50 meter kelihatan seorang remaja lelaki sedang berenang.

Remaja tersebut dibawa ke KRI Sembilang-850 untuk diberi pertolongan lanjut dan dipercayai remaja tersebut sudah 3 jam berenang di tengah lautan tanpa menggunakan jaket keselamatan sehingga ditemukan oleh pasukan tentera laut.

Dalam pada itu, remaja berkenaan dihantar ke pelabuhan untuk dipertemukan kepada ahli keluarga.


Kredit : Detik News via OhBulan