Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis tahan 6 rider Food Panda, kes pukul lelaki hina nama Allah (VIDEO)


KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata mereka yang ditahan ialah lima penghantar makanan dan pelanggan itu yang berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.

Polis menerima laporan daripada penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan yang didakwa telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan itu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan.


“Pelanggan yang berumur 29 tahun telah dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan itu (sehingga mengalami kecederaan) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, pihaknya telah menahan keenam-enam individu dan masih mengesan suspek lain yang masih bebas.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang.

Beliau menasihati masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa sehingga boleh menggugat ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.

“Sekali lagi masyarakat diingatkan agar tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya. 

EMBED

– BERNAMA