Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelakon Zarina Anjoulie buat laporan polis terhadap bekas suami, ini sebabnya


Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas suaminya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), su.spek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.






Kes disiasat mengikut Se.ksyen 507 Kanun Kes.eksaan dan kertas sia.satan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.
 
Terdahulu, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Sumber: rotikaya