Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir cadang pada Agong tubuhkan Mageran


KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan Mageran itu mampu menangani pelbagai masalah yang berlaku dalam negara.

Katanya, keadaan yang tidak menentu ketika ini lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang semakin mengganas memerlukan penubuhan Mageran itu disegerakan.

Perkara itu, katanya, merupakan intipati yang diperjelaskan oleh beliau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), hari ini.

Mahathir memberitahu, selain Covid-19 kepentingan menubuhkan Mageran adalah untuk menyelesaikan kemelut ekonomi, sosial dan langkah itu pernah dilakukan di negara ini pada tahun 1969.


“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan tidak akan cadangkan perkara ini,” katanya pada sidang media khas secara maya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Pejuang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan Mageran terutama dalam krisis-krisis tertentu.


Ujarnya, apa yang dilakukan membuahkan kejayaan dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Kita telah bincang perkara ini dengan rakan-rakan dalam Pejuang berhubung cara untuk menangani kesemua empat masalah ini.

“Kita ada idea tetapi kita lihat kerajaan tiada idea-idea untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi,” ujarnya. 



– MalaysiaGazette