Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Keberangkatan tiba Raja-Raja Melayu di Istana Negara


Mesyuarat khas raja-raja Melayu dijadual diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang ini.

Ia antaranya dijangka mendengar pandangan pemimpin-pemimpin politik yang disampaikan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin semalam berkata pakar agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu lepas berkenan menerima menghadap 18 pemimpin politik kerajaan dan pembangkang secara bersemuka dan maya.


Seri Paduka turut menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Arifin Zakaria dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan diraja dilihat sudah pun memasuki istana sejak tengah hari ini.

Ini merupakan kali kedua perbincangan khas raja-raja Melayu diadakan sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Jan 2019.

Mesyuarat pertama berlangsung pada 25 Okt tahun lepas.

Susulan pertemuan Agong dan pemimpin politik, antara idea paling hangat dibincangkan adalah cadangan penubuhan badan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) selepas tragedi 13 Mei 1969.


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengaku mencadangkan perkara itu selepas menghadap baginda.

Pemimpin pembangkang dan Umno juga berkata mereka membangkitkan gesaan supaya parlimen kembali bersidang.

Pada 12 Jan lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan agar proklamasi darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.

-MalaysiaKini