Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gadis 24 tahun terjun dari jambatan Pulau Pinang berjaya diselamatkan nelayan



GEOGETOWN: Seorang gadis berusia 24 tahun yang bertindak terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim di sini tadi diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi berhampiran.

Jurucakap pasukan bomba Bayan Baru berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 7.15 malam dan membabitkan seorang gadis berketurunan India.


“Pemeriksaan bomba di tempat kejadian di Kilometer 14.1 Jambatan Sultan Abdul Halim menemui sebuah kereta Proton Wira dan beberapa barang peribadi dipercayai milik mangsa dalam kereta tersebut,” kata jurucakap itu.

Jurucakap itu memberitahu, mangsa yang diselamatkan dibawa oleh nelayan ke Jeti Pengkala Merin Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

– UTUSAN