Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Puteri UMNO rayu kerajaan pertimbang kebenaran rentas daerah pada 1 Syawal


Puteri Umno merayu Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan orang ramai merentas daerah di Selangor pada 1 Syawal bagi menyambut Adifilfitri.

Ketuanya, Zahida Zarik Khan, berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor.

"Ramai yang mengadu dan merayu agar dibenarkan rentas daerah pada 1 Syawal bagi berhari raya bersama keluarga.

"Kata mereka 'takpe lah tak boleh rentas negeri tu, kami akur dengan SOP kerajaan, tapi bagi lah kami peluang beraya dan ziarah pada 1 Syawal di dalam negeri sama'.


"Sudah setahun lebih kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, sudah dua kali Syawal kita dalam tempoh PKP," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor.

PKP di enam daerah itu dilaksanakan berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri itu.

Susulan pelaksanaan PKP di enam daerah itu, aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan bermula esok sehingga 17 Mei.

Dalam pada itu, Zahida merayu agar kebenaran itu dipertimbangkan kerajaan.

"Harap dipertimbangkan, dalam masa yang sama segala SOP dipatuhi demi kebaikan bersama," katanya lagi.


-Malaysiakini