Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Media antarabangsa kini mula beri tumpuan ke atas kegagalan Malaysia tangani Covid


Laporan media antarabangsa sejak minggu lepas agak negatif dalam laporan terhadap keadaan Covid dan kerajaan Malaysia, ujar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Media South China Morning Post (SCMP) dari Hong Kong dan media antarabangsa Reuters melaporkan rakyat semakin marah dengan kerajaan disebabkan keadaan Covid sedang melumpuhkan sistem kesihatan negara dan kerajaan dilihat tidak berani mengambil langkah yang lebih tegas.

Media Bloomberg pula melaporlan kes baharu Covid bakal naik mendadak lagi dan sukar untuk kerajaan untuk menyelematkan keadaan Covid dan ekonomi.


Media Australia Sydney Morning Herald pula kata keadaan Covid Malaysia menjadi berkali ganda lebih kritikal walaupun kerajaan telah gantung demokrasi dengan darurat.

Laporan negatif media antarabangsa terhadap Malaysia


"Terfikir-fikir saya, pelabur asing mana yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid tidak terkawal seperti dilapor media antarabangsa?"ujar Najib,

"JKOM perlu bekerja lebih keras untuk mengecam media-media antarabangsa tersebut supaya elaun dan peruntukan tidak hilang."sindirnya,

-Tun Carlos