Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peniaga Bazar Ramadhan sesak nafas akibat asap murtabak


HULU TERENGGANU: Suasana di bazar Ramadan di Kuala Berang di sini kecoh apabila seorang peniaga roti canai dan murtabak mengalami sesak nafas ketika memasak hidangan jualannya.

Kejadian  pukul 5.30 petang itu, menyebabkan Rosli Ismail, 59, terpaksa berehat dengan berbaring di atas rumput kira-kira 30 minit. 

Katanya, kesukarannya bernafas itu dipercayai akibat asap selain pemakaian pelitup muka ketika menjalankan rutin berniaga 


“Sepanjang lebih 20 tahun berniaga di bazar Ramadan, kali pertama saya mengalami sesak nafas kerana asap berlegar di bawah kanopi dengan jumlah pengunjung yang ramai. 

“Ini adalah  lokasi baharu kerana sebelum ini kami berniaga bazar Ramadan di Pasar Besar Kuala Berang,” katanya ketika ditemui hari ini. 

– UTUSAN