Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nama dipetik dalam klip audio mirip suara Zahid dan Anwar, Shahidan buat laporan polis


8 APR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjalankan siasatan mengenai kesahihan rakaman audio rakaman perbualan telefon didakwa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tular di media, sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan Portal BNBBC, Pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan Barisan (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon kononnya antara Ahmad Zahid dan Anwar selepas namanya disebut.

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis juga meminta pihak lain membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan memutuskan kesahihan perbualan telefon berkenaan.


Biarpun Zahid dan Anwar sudah menafikan perbualan berkenaan yang dikatakan berlaku selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini, memberikan gambaran bahawa mereka bekerjasama.

“Dalam audio yang didakwa antara presiden saya dan seseorang dari PKR, nama saya disebut. Saya dikatakan telah dicemuh semasa ucapan saya (di Perhimpunan Agung UMNO).

“Zahid mengatakan audio itu palsu tetapi nama saya disebut. Tidak salah bagi sesetengah orang untuk mencemuh saya, mungkin kerana saya bukan penceramah yang baik, tetapi saya ingin tahu apakah perbuatan mencemuh terhadap saya itu dirancang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau yang dikatakan menentang tindakan Zahid untuk tidak bekerjasama dengan PPBM itu berkata, beliau berbuat demikian kerana mahu namanya dan Zahid dibersihkan


Dalam pada itu, Shahidan juga ada menyentuh sepucuk surat, yang didakwa dikirim kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Zahid dan pendahulunya, Najib Razak, yang menyatakan bahawa mereka dan beberapa Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Surat itu dikatakan palsu tetapi tidak ada laporan polis yang dibuat. Saya setuju bahawa laporan polis harus dibuat kali ini kerana presiden mengatakan rakaman audio itu palsu,” katanya.

-SuaraTV