Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib minta kerajaan perbetul semula jumlah kompaun Neelofa dan peniaga burger


Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak hari ini berkata tindakan kompaun terhadap selebriti terkenal Neelofa dan ahli keluarganya akibat melanggar SOP hanya akan menyebabkan kemarahan rakyat dikala kerajaan gagal mengawal pandemik dengan baik.

"Secara peribadi, saya kagum dengan bakat dan kejayaan keusahawanan Neelofa." kata Najib.

"Tapi jumlah denda RM60,000 dikeluarkan kerajaan pada Neelofa dan  keluarganya sebab langgar SOP hanya akan mengundang kemarahan pada ketika ramai tengah kemurungan sebab kerajaan tidak berjaya kawal Covid dengan Darurat dan akibatnya tidak membenarkan orang ramai rentas negeri untuk balik Raya."


Najib juga berkata, jumlah kompaun terhadap seorang peniaga burger baru-baru ini jug aperlu diperbetulkan semula oleh kerajaan.

"Kemarahan juga bertambah setelah berita peniaga burger dikompaun RM50,000 terkeluar semalam.
Patut diperbetulkan dan diselaraskan kerajaan."ujar Najib di Facebook beliau.

Sebelum ini, selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz serta ahli keluarga dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua ahli keluarga Neelofa iaitu seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

-TunCarlos

Secara peribadi, saya kagum dengan bakat dan kejayaan keusahawanan Neelofa. Tapi jumlah denda RM60,000 dikeluarkan...

Posted by Najib Razak on Monday, 26 April 2021