ECRL kembali ke jajaran asal seperti dicadangkan pada 2017


PUTRAJAYA: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jajaran baharu yang dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan setelah mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL seperti kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke Jajaran Asal yang dicadangkan pada 2016-2017.


“Jajaran asal Seksyen C ini, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.

“MOT, sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL, mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar, dan sosial,” katanya pada sidang media ECRL di sini hari ini.

Ka Siong berkata, jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 kilometer termasuk 32.4 kilometer jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5 kilometer (termasuk 41.5 kilometer jajaran sisihan).

Beliau berkata, ia menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665 kilometer.

-BERITA HARIAN

Join our Telegram Channel
Telegram


ECRL kembali ke jajaran asal seperti dicadangkan pada 2017 ECRL kembali ke jajaran asal seperti dicadangkan pada 2017 Reviewed by Tun Carlos on April 05, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.