Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Berita Timbalan Menteri tidur mati ketika majlis rasmi dapat liputan hangat di Turki


PETALING JAYA – Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-baru ini tular hingga ke Turki.

Melalui satu hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan rakaman itu disiarkan dalam berita minggu sebuah saluran televisyen di Turki, Kanal 7, dengan tajuk ‘Timbalan Menteri Malaysia tidur nyenyak dalam protokol’.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tersebarnya rakaman itu sehingga mendapat perhatian pihak media di Turki.

Terdahulu, sebuah video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali Ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di Seremban tular di media sosial, semalam.





Video berkenaan turut memaparkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau, namun gagal sebelum seorang lelaki iaitu pengawal peribadinya mengejutkannya.

Susulan kejadian itu, Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur dalam acara tersebut dan memberitahu beliau sebenarnya terlalu letih dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan, beliau gagahkan diri untuk hadir. 

Apapun rata-rata netizen menasihatkan beliau supaya berhenti menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri supaya dapat menggantikan dengan individu yang lebih fokus dan sihat untuk bekerja.

– Kosmo/TunCarlos