Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru




Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, berkuat kuasa Selasa depan (4 Mei).

Pegawai kanan polis itu menerima surat pelantikan sebagai ketua polis negara daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, hari ini.

Pelantikan Acryl Sani sebagai IGP ke-13 adalah bagi menggantikan Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei ini. Dia memegang jawatan itu sejak 4 Mei 2019.

Hamzah pada sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan kepada Acryl Sani di Kuala Lumpur hari ini berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.





Ia juga susulan selepas menerima nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

"Saya nak maklumkan setelah proses dilakukan SPP dan dipersetujui oleh semua ahli suruhanjaya.

“Semua setuju Acryl Sani diangkat sebagai IGP yang baru termasuk Abdul Hamid Bador," katanya 

Hamzah juga mengumumkan pelantikan Acryl Sani sebagai IGP adalah sehingga 3 Okt 2021 iaitu sehingga tempoh perkhidmatannya dalam polis tamat.


Acryl Sani dilahirkan pada 3 Okt 1961 di Petaling Jaya, Selangor itu berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP).

Dia telah memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman sepanjang perkhidmatan dalam pasukan beruniform itu.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ketua Polis Perak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

-MalaysiaKini

DATO' SRI ACRYL SANI TERIMA WATIKAH PELANTIKAN KPN KE-13 DARIPADA MDN Putrajaya, 30 April 2021 - Timbalan Ketua Polis...

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday, 29 April 2021