Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Video staff tadika hempas kanak-kanak bikin warganet berang


Sejak pagi tadi, satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook DLoyeng BC TV memperlihatkan situasi di sebuah sekolah tadika apabila seorang kanak-kanak dimarahi oleh tenaga pengajar di sana.

Video yang diperoleh daripada seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman tersebut itu telah mendapat lebih 36ribu kongsian setakat artikel ini ditulis. Ia benar-benar membuatkan warganet berasa geram.




Dalam video yang dirakam, dapat dilihat seorang wanita dewasa dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berseragam sama dengan pelajar lain.


Dia juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah berasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak di sekolah tadika.

Menurut dari sumber risikan warganet, tadika tersebut dikatakan beralamat di Bangi, Selangor.

Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum megeluarkan apa-apa kenyataan ataupun siasatan.

-OhMedia/TunCarlos