Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PN beri rakyat sedikit dengan tangan kanan, ambil lebih banyak dengan tangan kiri -Guan Eng


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata, inisiatif terbaru kerajaan bernilai RM20 bilion bagi pemulihan ekonomi terlalu kecil untuk menyelamatkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

Kata beliau, pakej Pemerkasa yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam tidak mencukupi kerana hanya melibatkan suntikan fiskal RM11 bilion berbanding pakej rangsangan sebelum ini.

Dalam ucapan beliau semalam, perdana menteri berkata, rancangan itu adalah sebahagian daripada strategi serampang enam mata bagi menghadapi Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta membantu pemulihan ekonomi sedia ada.


Lim berkata, rangsangan ekonomi sebelum ini sebanyak RM305 bilion bawah pakej Prihatin tahun lalu, RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021, dan RM15 bilion bawah PERMAI pada Januari tidak berkesan.

Beliau menambah, pakej-pakej ini tidak membuahkan hasil yang diingini, malah mengakibatkan penurunan status Fitch Ratings negara.

“Kerajaan PN juga gagal mencapai sasaran KDNK mereka, dengan ekonomi menguncup sebanyak 5.6% dan defisit belanjawan meningkat menjadi 6.2%,” kata Lim, sambil menambah, apa yang diperlukan adalah “ledakan ekonomi RM45 bilion” bagi menghidupkan kembali ekonomi.


Beliau berkata, pakej Pemerkasa, yang tidak menawarkan banyak inisiatif, kekal dengan paradigma lama pembayaran satu kali, bukannya bantuan tunai secara berkala sehingga berakhirnya krisis yang disebabkan oleh Covid-19.

“Apa jadi dengan janji PN untuk meningkatkan bantuan kebajikan bulanan kepada RM1,000 serta bantuan buat penganggur, 150,000 tablet dan komputer riba untuk pelajar, pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 dan juga pelanjutan automatik moratorium pinjaman bank, kecuali bagi golongan berpendapatan tinggi dalam kumpulan T20?” tanya beliau.

Lim berkata, kompaun RM10,000 terbaru bagi mereka yang melanggar sekatan PKP sangat mengecewakan, dengan perdana menteri sekarang berjanji untuk memberikan bantuan tunai satu kali RM500 untuk individu dan geran satu kali bernilai RM3,000 kepada perniagaan kecil.


“Beri sedikit dengan tangan kanan tetapi ambil lebih banyak dengan tangan kiri tidak membantu mengurangkan beban kewangan rakyat,” kata beliau.

“Kerajaan tidak boleh menjadi seperti burung unta dalam pasir, terus-terusan menafikan tahap kemelesetan ekonomi yang menimpa rakyat dan perniagaan di Malaysia.”

-MalaysiaKini