Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Media selalunya tak akan lapor keseluruhan perbicaraan kes saya" kata Zahid


Menurut Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, media selalunya tidak akan melaporkan kes perbicaraan beliau secara adil kerana mereka bekerja mengikut kehendak editor.

"Betul. Media boleh melaporkan apa sahaja berhubung perbicaraan kes saya di mahkamah.
Tetapi kebiasaannya mereka tidak akan melaporkan keseluruhan perbicaraan. "

"Mereka akan memetik bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk dijadikan berita. Itu memang cara media beroperasi. Pemilihan berita lazimnya mengikut kehendak editor. "


Zahid menegaskan bahawa beliau tidak boleh menjawab balas laporan yang telah disiarkan oleh mediamahupun menjawab pertanyaan sahabat-sahabat di alam maya.

"Saya boleh dikenakan tindakan kerana dianggap sebagai 'subjudice', 'contempt of court'. Akan dilihat cuba meyakinkan atau mempengaruhi orang lain."

"Saya menulis ini untuk menerangkan situasi kepada saudara saudari semua. Sebab ramai bertanya kepada saya tentang berita-berita yang disiarkan media berhubung kes saya."

"InsyaAllah saya dan barisan guaman akan tempuhi perbicaraan ini dengan tabah dan cekal. "

"Namun perjuangan saya untuk parti UMNO, kepentingan rakyat, kesejahteraan negara tidak sesekali akan dapat dipatahkan. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. InShaa Allah." kata Zahid 

-TunCarlos