Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Letak jawatan sebagai Menteri serta-merta jika diarahkan parti -Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memberi keyakinan bahawa beliau tidak akan ingkar arahan parti sekiranya memutuskan supaya Menteri UMNO meninggalkan Kabinet Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu agenda parti lebih diberi keutamaan berbanding agenda peribadi.

Shamsul Annuar malah mengakui arahan yang dikeluarkan oleh partinya wajib dipatuhi tanpa sebarang kompromi.

“Untuk kembali pulih dan berada di kedudukan asal sebagai parti dominan dalam negara ini bersama dengan rakan-rakan yang setia dalam perjuangan kita.


“Sebagai ahli dan pemimpin parti kesetiaan dan ketaatan kepada parti penting selagi parti kita meletakkan agama bangsa dan negara dan rakyat menjadi keutamaan.

“Selagi itu wajib sebagai pemimpin akur dan mempertahankannya. Sudah tentu sebagai pemimpin, saya tentunya secara peribadi akan akur dan patuh atas apa juga keputusan yang parti lakukan.

“Hal ini kerana sebagai pemimpin kita tidak boleh penuhi agenda peribadi, keutamaan adalah agenda parti,” katanya ketika ditemui media di PWTC, hari ini.

Tegas beliau apa juga keputusan yang parti putuskan itu adalah tetap akan menjadi pendirian.


“Perkara itu sudah jelas dan ini penting untuk kita bagi signal kepada pengundi dan rakyat bahawa UMNO ialah parti yang berprinsip yang berpegang kepada untuk pastikan agenda dan ideologi parti terus kita pertahankan,” ujar Shamsul Annuar.

Beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu beliau tidak teragak-agak untuk meninggalkan Kabinet PN jika parti berkehendakkan demikian.

Shamsul Annuar juga meminta amalan label melabel misalnya menggunkan istilah kluster sebagai bahan sindiran kepada orang lain sebagai tidak patut.

“Kluster label melabel ini patut ditamatkan segera,” katanya.

-SuaraTV