Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hampir 3 tahun serbu rumah, kerajaan masih gagal buktikan barang-barang itu hasil haram -Najib


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kekesalan kerana selepas hampir tiga tahun kediamannya di Pavilion Residences diserbu dan barangnya dirampas namun masih tiada bukti ia mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan.

“Hampir tiga tahun setelah mereka serbu rumah saya, kerajaan masih tidak dapat tunjuk sebarang bukti bahawa barang-barang yang dirampas adalah hasil duit 1MDB atau hasil duit haram.

“Seperti yang saya kata masa itu, inilah sebab kerajaan PH gunakan saman sivil (dan bukan tuduhan jenayah) untuk lucut hak barangan tersebut,” kata Najib.


Semalam media melaporkan, tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa wang sebanyak RM114 juta hasil rampasan di salah sebuah unit kondominium di Pavilion Residence pada Mei 2018 adalah wang yang diseleweng daripada dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut peguam, Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili parti UMNO, adalah sangat penting dan kritikal pegawai penyiasat menunjukkan bukti dokumen seperti penyata bank bagi menunjukkan aliran wang daripada 1MDB atau mana-mana anak syarikat itu.

“Rumusan dibuat oleh Superintenden Foo Wei Min yang menyatakan bahawa oleh kerana wang tersebut dijumpai di dalam 35 buah beg bersama-sama barang kemas, jam tangan mewah dan beg-beg berjenama maka secara automatik ia adalah wang yang diselewengkan daripada 1MDB. Dengan hormatnya Yang Arif, rumusan Superintenden Foo ini sangat tidak logik.


“Ketiadaan dokumen-dokumen tersebut juga menjadikan tuntutan pemohon tidak disokong oleh sebarang bukti,” ujar peguam tersebut.

Hariharan berhujah demikian dalam permohonan Kerajaan Malaysia untuk melucutkan aset dianggarkan bernmilai RM680 juta milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik premis kondominium tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO sebagai pihak ketiga yang berkepentingan menuntut wang RM114 juta yang dikatakan merupakan dana sumbangan politik kepada parti berkenaan bagi pembiayaan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14.


Najib merupakan Presiden Umno pada ketika itu.

Sementara itu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, rampasan wang dan ratusan barangan mewah daripada sebuah unit kediaman di Pavilion Residence adalah salah dan merupakan satu pelanggaran prosedur yang disengajakan.

Sehubungan itu, barang rampasan itu peru dipulangkan kepada pemilik asal.

Selepas pihak-pihak selesai berhujah, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan 29 Mac ini untuk pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi untuk membalas hujahan-hujahan tersebut.


Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak aset yang dikatakan bernilai RM680 juta yang disita dari premis milik Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, kerajaan antara lain menyita sejumlah 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 unit cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta Obyu Holdings mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 

– SuaraTV