Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gangguan bekalan air di Selangor KL pada 30 Mac, 6 April


KUALA LUMPUR: Sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac dan 6 April depan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan, berkata ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Air Selangor tahun ini.

Katanya, tindakan itu diambil bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bekalan air yang berterusan dan ia sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


"Kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates akan dilakukan jam 9 pagi 6 April, dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

"Berikutan henti tugas ini, 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

"Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan dijalankan pada 30 Mac 2021 bermula jam 9 pagi yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

"Kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam," katanya.

-Awani