Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas Peguam Tun Mahathir akur gagal cubaan haramkan UMNO

Haniff bersama-sama ahli-ahli UMNO yang mahu haramkan parti tersebut pada April 2018. (Foto: MalaysiaKini)

KENYATAAN PEGUAM HANIFF KHATRI:

PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH 16 WIRAWAN & WIRAWATI NEGARA vs ROS & UMNO !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada hari ini, Rabu 03.03.2021., NOTIS RAYUAN ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN di hadapan Panel LIMA (5) HAKIM di MAHKAMAH PERSEKUTUAN, berkenaan isu kesahihan ataupun penyahdaftaran UMNO telah ditetapkan untuk SAMBUNG BICARA selepas ianya mula DIBICARA pada 25.01.2021 yang lalu.

2. Secara khususnya BICARA RAYUAN di MAHKAMAH PERSEKUTUAN itu adalah terhadap KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN bertarikh 05.11.2018, yang tidak membenarkan untuk diteruskan akan SEMAKAN KEHAKIMAN oleh 16 ahli UMNO terhadap ROS dalam memperolehi antara lain Perintah-perintah yang menjurus kepada PENGHARAMAN UMNO disebabkan isu kegagalan UMNO mematuhi peruntukan PERLEMBAGAAN UMNO sendiri berhubung Pemilihan di setiap peringkat struktur UMNO pada tahun 2018.


3. Setelah mengambil kira keseluruhan HUJAHAN LISAN dan HUJAHAN BERTULIS kesemua pihak pada 25.01.2021 dan hari ini, 03.03.2021, MAHKAMAH PERSEKUTUAN telah memberikan KEPUTUSAN sebulat suara, bahawa RAYUAN 16 ahli UMNO itu DITOLAK tanpa kos atas alasan ringkas seperti berikut 

a. Urusan parti adalah isu dalaman parti, dan tiada soal yang perlu dihakimi berkaitan kuasa kehakiman dikekang atau dihalang dalam urusan dalaman parti politik melalui Seksyen 18C Akta Pertubuhan,

b. Kedua-dua isu awalan iaitu, kesemua 16 Perayu bukan lagi Ahli Parti UMNO dan oleh itu tidak mempunyai hak untuk membawa Permohonan SEMAKAN KEHAKIMAN terhadap ROS bersabit isu dalaman Parti UMNO itu, dan juga memandangkan UMNO sudahpun jalankan pemilihan dalaman Parti, maka pertikaian kesemua 16 Perayu itu sudak menjadi isu yang "tidak hidup" dan tidak perlu diganggu dengan mana-mana campurtangan Mahkamah.


5. Hatta, selesai dan tamatlah perjuangan 16 Ahli UMNO yang secara jujur dan ikhlas telah membawa pertikaian ini ke MAHKAMAH atas kepercayaan bahawa mana-mana Parti politik sewajarnya mematuhi peruntukan dan kandungan Perlembagaan Parti itu sendiri. Namun, di atas alasan ringkas yang dicatatkan di atas, harapan dan ikhtiar kesemua 16 Ahli UMNO ini tidak kecapaian.

6. Memandangkan MAHKAMAH PERSEKUTUAN adalah Mahkamah Tertinggi dalam sistem kehakiman negara, maka KEPUTUSAN pada hari ini telah memuktamadkan isu dan pertikaian itu, sekaligus.

sumber: FB Haniff Khatri