Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TMJ sumbang RM200,000 kepada Ebit Lew, taja semua "team" pergi Umrah


JOHOR: Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), perkenan untuk menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. 

Baginda juga berbesar hati memberi sumbangan kepada Ebit Lew dalam usaha untuk membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan.

"Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan."ujar TMJ


"Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas. 

"Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.

"Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah." ujar TMJ lagi.

Sementara itu, dalam posting terbaru ustaz Ebit Lew di Facebook, beliau menyatakan rasa terharu dan sebak kerana dapat berjumpa TMJ.

"Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya."


"Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

"Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan."

"Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa."

"Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga."


Ebit Lew juga berkongsi antara kata-kata TMJ yang baginya amat berharga.

"Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat."

"Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.
.
"Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami." ujar Ebit.

sumber: FB HRH Crown Prince of Johor/Ebit Lew

Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya...

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Friday, 5 February 2021