Selesai bayar denda, Malaysiakini kagum dapat kutip derma RM750,000

Gambar: MalaysiaKini

Malaysiakini selesai melunaskan denda RM500,000 yang dikenakan Mahkamah Persekutuan atas pertuduhan menghina mahkamah disebabkan komen yang ditinggalkan pembacanya.

Denda itu dibayar Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi tadi.

Wang berkenaan dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dan jumlah keseluruhannya hampir RM250,000 melebihi had sasaran yang ditetapkan.

"Kami perlu mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan penyokong kami atas sokongan dan sumbangan mereka yang tidak terkira kepada Malaysiakini sehingga kami dapat melunaskan denda ini dalam masa tiga hari.

KKKKKKKKKKKKKKKKKKK

“Ini merupakan jumlah wang yang besar namun kami sangat berbesar hati atas semua sokongan yang kami terima," kata Premesh kepada KiniTV.

"Kami sangat kagum kerana dalam masa lima jam kami dapat mengumpulkan RM500,000, dan sekarang ia lebih banyak apabila jumlahnya meningkat hampir RM750,000.

“Pembaca dan penyokong kami sangat bermurah hati terutama ketika pandemik Covid-19 melanda dan rakyat berdepan dengan kesulitan,” katanya lagi.

Portal berita itu melancarkan kutipan dana sejurus selepas Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf, menjatuhkan hukuman denda dengan jumlah dua kali ganda lebih tinggi daripada apa yang diminta Jabatan Peguam Negara iaitu RM200,000. 

KKKKKKKKKKKKKKKKKK

Teruskan misi lapor berita adil

Pengumuman untuk menamatkan kutipan turut dibuat sebaik saja jumlah RM500,000 berjaya diraih dalam masa kurang dari lima jam.

Bagaimanapun, di sebalik pengumuman itu sumbangan terus disalurkan kepada Malaysiakini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM749,371 daripada 6,961 penderma.

Sebilangan besar daripada mereka merupakan penderma dengan sumbangan jumlah kecil iaitu 85 peratus daripadanya menyalurkan sumbangan antara RM20 hingga RM200.

Sementara itu 194 penderma menyumbang antara RM500 hingga RM1,000 setiap seorang, dan 129 individu lagi menyumbang lebih daripada RM1,000 setiap seorang.

-MalaysiaKini

Join our Telegram Channel
Telegram


Selesai bayar denda, Malaysiakini kagum dapat kutip derma RM750,000 Selesai bayar denda, Malaysiakini kagum dapat kutip derma RM750,000 Reviewed by Tun Carlos on February 23, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.