Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis siasat pemandu "berlagak sombong" himpit kenderaan pelajar sekolah memandu


MELAKA – Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak berlagak handal dan membuli pelajar sekolah memandu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh seharusnya menunjukkan contoh baik dan memberi laluan kepada kenderaan pelekat L.

Beliau berkata demikian video tular berdurasi 22 saat memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga cuba memotong kenderaan sekolah memandu sehingga berlaku pelanggaran di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.


Beliau berkata, menerusi klip video itu, pemandu Proton Saga tidak memperlahankan kenderaan ketika keluar simpang.

“Pemandu Proton Saga memotong kenderaan pelajar lesen L sebelum keluar simpang secara melulu.

“Sepatutnya kereta itu berhenti atau memperlahankan kenderaannya untuk memastikan laluan selamat bukannya berlagak sombong dengan memandu secara melulu di hadapan pelajar sekolah memandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis akan menyiasat kenderaan yang terlibat dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan 6(2) Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 kerana mengubah haluan secara tiba tiba dan menyebabkan kemalangan. 

– K! ONLINE