Pemilik restoran di Tawau terkejut jumpa mayat atas siling kedai


TAWAU: Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun di sini terjawab apabila satu mayat lelaki ditemukan semalam.

Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70% oleh pemilik restoran pada 10 malam.

Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk meninjau keadaan restoran tersebut selepas hampir setahun menutup operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas.

Bagaimanapun, lelaki itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis dan segera bertindak menghubungi polis ekoran bimbang berlaku perkara buruk.


Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat itu berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Sehingga kini, siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-FMT

Join our Telegram Channel
Telegram


Pemilik restoran di Tawau terkejut jumpa mayat atas siling kedai Pemilik restoran di Tawau terkejut jumpa mayat atas siling kedai Reviewed by Tun Carlos on February 25, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.