Lim Guan Eng dipanggil ke Bukit Aman, isu Darurat


GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipanggil polis Bukit Aman berhubung satu kenyataan Pakatan Harapan mengenai perisytiharan darurat pada bulan lalu.

Peguam RSN Rayer berkata, siasatan itu tertumpu kepada kenyataan yang dibuat Lim bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Katanya, Lim akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan itu.

Kenyataan Majlis Presiden PH pada 21 Jan lalu menyentuh perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu.


Kenyataan itu menyeranaikan sebab darurat tidak diperlukan ketika undang-undang kesihatan awam sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19 dan Parlimen perlu bersidang.

“Kami berpendapat tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” demikian menurut sebahagian petikan kenyataan itu.


Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz mengumumkan mereka menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional.

Baru-baru ini, dua Ahli Parlimen DAP – Charles Santiago dan Abdul Aziz Bari – dipanggil polis berhubung dua perkara berasingan.

Aziz dipanggil berhubung kenyataannya mengenai darurat, manakala Santiago disiasat atas kenyataannya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Malaysiakini.

-FMT

Join our Telegram Channel
Telegram


Lim Guan Eng dipanggil ke Bukit Aman, isu Darurat Lim Guan Eng dipanggil ke Bukit Aman, isu Darurat Reviewed by Tun Carlos on February 23, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.