Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua ahli parlimen PH sah keluar parti, kini sokong Muhyiddin


CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila dua ahli parlimennya sah meninggalkan parti.

Ia berlaku sehari selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.


Sng dan Choong menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Muhyiddin berkata, dokumen itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

"Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara," katanya.

Terdahulu, media melaporkan peletakan jawatan Sng sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak melalui satu pengumuman sidang video semalam.

-BHonline/SuaraTV