Boleh duduk lebih dua orang semeja mulai esok -Ismail Sabri


PUTRAJAYA:Kerajaan menarik balik larangan makan semeja dua orang di kedai makan bermula esok, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kerajaan kini membenarkan pelanggan duduk lebih daripada dua orang semeja, namun perlu mengikut kesesuaian saiz meja makan di sesebuah premis.

Katanya, ia berkuat kuasa di semua negeri termasuk yang masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).


"Mesyuarat bersetuju semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan 'dine in' dengan kebenaran makan berdasarkan keluasan meja dan adanya penjarakan fizikal satu meter," katanya pada sidang media mengenai PKP hari ini.

Bermula Jumaat, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dikenakan PKP manakala negeri lain (PKPB) sementara Perlis (PKPP).

-AstroAwani

Join our Telegram Channel
Telegram


Boleh duduk lebih dua orang semeja mulai esok -Ismail Sabri Boleh duduk lebih dua orang semeja mulai esok -Ismail Sabri Reviewed by Tun Carlos on February 18, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.