Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akhirnya pertama kali media laporkan duit 2.6 billion telah dipulangkan semula -Najib


ULASAN NAJIB: 

"NAJIB TERIMA RM2.973 BILLION DARIPADA 1MDB -SinarHarian"

Laporan berita Sinar Harian ini ialah dari kes sivil lucut hak aset saya - bukan kes jenayah.

Apa yang dinyatakan dalam mahkamah hari ini berdasarkan affidavit (kenyataan bertulis) seorang polis bernama Superintendan Foo Wei Min.

Asas untuk lucut hak saya cuma berdasarkan affidavit pegawai kerajaan.

(Affidavit dia juga yang kata siasatan polis mendapati kebanyakan barang yang disita merupakan hadiah peribadi tapi tidak boleh disahkan sebab tiada bukti dokumen.)


Affidavit itu juga nyatakan bahawa AS$681 juta (RM2,081,476,926) dari RM2.973 bilion yang masuk ke dalam akaun atas nama saya ialah dari Tanore pada tahun 2013.

AS$681 juta (RM2,081,476,926) ini ialah wang yang sering disebut dana RM2.6 bilion sebab masa wang diterima, kadar Forex ialah US$1 ke RM3.00 tetapi apabila ianya dilaporkan dua tahun kemudian, kadar menjadi US$1=RM3.81.

Namun seperti yang dilaporkan hari ini, Superintendan Foo Wei Min juga nyatakan bahawa dana sebanyak RM2,034,350,000 telah dikembalikan.

  • Wang diterima bulan Mac/Apr 2013 sebelum PRU13: RM2,081,476,926
  • Wang yang dipulang kepada penghantar dalam bentuk USD pada July/Ogos 2013 selepas PRU13: RM2,034,350,000.

Bakinya adalah beza kadar pertukaran forex antara Mac ke Ogos 2013.


(Sebab itu saya pelik kenapa saya masih dikenakan cukai RM1.7b walaupun dana yang disebut RM2.6b itu telah dipulangkan 4 bulan kemudian - seperti didedahkan dalam mahkamah hari ini)

Berita wang dipulangkan ini tidak pernah masuk media sehingga hari ini dan tidak pernah dinyatakan mana-mana pemimpin PH sehingga kini.

Walaupun telah dilaporkan hari ini, saya jangka tidak ada seorang pemimpin PH pun yang akan mengaku bahawa dana disebut RM2.6b telah dipulangkan dan bukan digunakan untuk beli handbag atau barang kemas.

Akhirnya dilaporkan dalam media tempatan buat kali pertama hari ini bahawa dana yang disebut RM2.6 bilion itu telah dipulangkan kepada penghantar.

Petikan laporan berita yang mengatakan wang tersebut sudah dikembalikan semula



Perlu ingat juga bahawa dalam kes jenayah SRC, saksi dari bank Ambank dan SPRM pernah kata sekurang-kurangnya RM642 juta yang diterima dalam akaun saya adalah pindaan dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi serta putera Arab.

Laporan Sinar Harian yang saya paparkan ini juga tidak lengkap.

Laporan The Edge pula menyatakan bahawa baki dana selepas ditolak RM2b yang dipulangkan telah digunakan dalam 4 kategori - parti politik, individu, syarikat dan entiti. lain (yang kemudiannya digunakan untuk kerja CSR dan kebajikan)

Tidak dinyatakan pula dana itu digunakan untuk peribadi saya atau pembelian barang-barang.


Asas pendakwaan sivil lucut hak hari ini amatlah mudah:

"Sebab wang berbilion Ringgit pernah masuk akaun atas nama saya maka semua barang-barang dan wang tunai yang disita dari saya dan keluarga saya adalah dari sumber dana 1MDB dan ianya perlu disita."

Kes hari ini antara kes-kes tinggalan Tommy Thomas untuk kenakan saya.

Peguam saya kata peluang kita menang kes hari ini adalah baik. Sama-sama kita nantikan pembalasan peguam kepada affidavit hari ini pada  11 dan 15 Mac nanti.

sumber: FB Najib