Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seperti biasa, netizen berjaya jejak dan menyerang FB ibu kandung arwah adik Amir


Viral di media sosial hari ini berita kematian seorang kanak-kenak lelaki iaitu adik Zubaidi Amir Qusyairi.

Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya selepas tiga bulan mereka tinggal bersama.

Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk netizen yang berjaya menemui akaun Facebook milik  ibu kandung Amir yang bernama Zuraida Atan.

FB milik ibu Amir

Berbelas ribu netizen menyerang laman sosial wanita itu dan meluahkan perasaan geram dan marah terhadap perbuatan kejam dia dan suaminya







Netizen dilihat membalas setiap posting dan ruangan komen Zuraida Atan di Facebook selepas mereka mendapat tahu bahawa akaun tersebut adalah benar miliknya.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah )JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bili Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun telah ditahan lokap untuk siasatan.

Polis bakal membuka kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber: OhBulan/WowBerita