Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selepas program bantuan kepada orang ramai, Rina Harun disahkan positif Covid-19



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini memaklumkan status ujian virus Covid-19 membabitkan menterinya Rina Harun.

"Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi," maklum kenyataan pejabat kementerian itu.

Ini setelah Menteri di JPM (Ekonomi) Mustapa Mohamed positif virus itu dua hari lalu.

Turut membimbangkan, Rina Harun juga turut berada di dalam program bantuan untuk rakyat di sekitar selangor pada 9 Januari baru-baru ini.

Semua menteri yang hadir mesyuarat kabinet bersama Mustapa Mohamed Rabu lalu diberitahu untuk menjalani ujian Covid-19, 


Menurut sumber di Putrajaya, sekitar 10 anggota kabinet turut diperintahkan untuk menjalani kuarantin, setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat Mustapa.

Ini menyebabkan banyak program yang dijadualkan untuk para menteri dibatalkan pada saat-saat akhir, kerana mereka perlu bergegas untuk melakukan ujian swab.

Beberapa ahli kabinet melakukan ujian saringan semalam setelah mengetahui keputusan ujian Mustapa.

Beberapa yang lain telah melakukan ujian mereka pagi ini atau akan melakukannya hari ini. Ini termasuk Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin; dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

Menyempurnakan Program Gunting Rambut Percuma Perikatan Nasional Bahagian Sepang di Balairaya Kampung Kolam Air (Asli) Dengkil. #TiadaYangTertinggal #TeguhKitaMenangBersama #KitaJagaKita

Posted by Rina Mohd Harun on Saturday, 9 January 2021


Untuk rekod, Mustapa menerima keputusan ujiannya pada Sabtu malam, dan sejak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan rawatan.

Berita mengenai hasil ujiannya hanya dilaporkan petang semalam, setelah pejabatnya mengeluarkan siaran akhbar memaklumkan keputusan ujian Covid-19 ahli parlimen Jeli itu.

Beberapa menteri yang melakukan ujian mereka setelah Mustapa sudah mendapat keputusannya semalam. Difahamkan, ada lagi anggota kabinet didapati positif.

Seorang menteri memberitahu mengambil maklum hal itu.


"Sehingga KKM mengeluarkan nama-nama tersebut, kami juga tidak tahu siapa (yang positif)," katanya.

Malaysiakini dimaklumkan beberapa lagi anggota kabinet didapati positif Covid-19.

Seorang menteri ketika dihubungi pagi ini memaklumkan bahawa dia juga mendengar perkara itu, tetapi belum mendapat kepastian siapa anggota kabinet berkenaan yang didapati positif.

"Saya juga mendengar hal yang sama. Tetapi, sehingga Kementerian Kesihatan mengeluarkan nama-nama tersebut, kami juga tidak tahu siapa (yang positif)," kata menteri berkenaan.





Sementara itu, seorang lagi menteri yang dihubungi pagi ini mengesahkan dia telah diarahkan untuk menjalani kuarantin, namun, tidak mendedahkan sama ada dia telah dijangkiti virus atau sebaliknya.

"Diuji. (Bagaimanapun) tidak ada gejala. Diarahkan untuk menjalani kuarantin," katanya.

Ketika ditanya mengenai rakan anggota kabinetnya, menteri itu berkata dia tidak tahu berapa ramai lagi yang didapati positif Covid-19 selepas Mustapa.

-MalaysiaKini

Majlis penyampaian Barang Keperluan Asas kepada penduduk Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi yang terjejas akibat wabak Covid-19. #TiadaYangTertinggal #TeguhKitaMenangBersama #KitaJagaKita

Posted by Rina Mohd Harun on Saturday, 9 January 2021