Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya sebut adakan PRU15 jika banjir reda dan rakyat sudah divaksin" -Ahmad Maslan


Selepas dibidas kerana mencadangkan pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda negara, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya.

Menurut Setiausaha Agung Umno itu, apa yang dicadangkan ialah PRU diadakan selepas banjir reda dan vaksinasi Covid-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

"Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

"Kempen (PRU) guna media sosial," katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini.


Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Saya sebut SPR nyatakan dalam (Akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

"Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat," katanya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata Malaysia akan melakukan vaksinasi bermula Februari ini setelah ketibaan bekalan pertama vaksin Covid-19.

-MalaysiaKini