Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rekod paling tinggi 5,725 kes hari ini, Selangor catat kenaikan sekali ganda


Sebanyak 5,725 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes terkumpul mencecah angka lebih 200,000.

Jumlah kes di Selangor direkodkan sebanyak 3,126 - naik hampir sekali ganda berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 687 kes (12.0 peratus), dan Johor sebanyak 684 kes (11.9 peratus).


Terdapat 12 kluster baru dikenal pasti yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Status terkini:

Kes sembuh baru: 3,423
Jumlah kumulatif kes sembuh: 157,722 (77.34 %)

Kes baru: 5,725
Jumlah kumulatif: 203,933
Kes aktif: 45,478
Kes tempatan: 5,718
Kes import: 7 (5 WN, 2 BWN)
Kematian baru: 16 (16 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 733 (0.36 %)
ICU: 301
Bantuan pernafasan: 115 


Bilangan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 3,126
Sabah: 288
Kuala Lumpur: 687
Johor: 684
Negeri Sembilan: 69
Pulau Pinang: 99
Perak: 73
Kedah: 125
Sarawak: 179
Melaka: 74
Kelantan: 93
Pahang: 67
Labuan: 5
Terengganu: 137
Putrajaya: 16
Perlis: 3