Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pecah rekod 3,337 kes positif dan 15 korban covid-19 hari ini


Jumlah kes harian terbaru mencatatkan angka tertinggi sekali lagi dengan 3,337 kes.

Ini selepas dua hari lalu pada 12 Jan, negara mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 3,309 kes.

Sementara itu, 15 korban Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 578 kes.

Terdapat 195 pesakit di ICU dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.




Dalam pada itu, Selangor saja merekodkan jumlah jangkitan baru sebanyak 1,036 kes.

Ini diikuti dengan Johor (460 kes), Sabah (389 kes), Kuala Lumpur (257 kes) dan Pulau Pinang (234 kes). 

Status ringkas:

Jumlah sembuh baru: 1,710 kes

Jumlah kumulatif sembuh: 113,288 kes (76.6%)

Jumlah kes baru: 3,337 kes

Jumlah kes kumulatif: 147,855 kes

Jumlah kes aktif: 33,989 kes

Kes tempatan: 3,330 kes (2,142 WN, 1,188 BWN)

Kes import: 7 kes

Jumlah kematian baru: 15 kes (13 WN, 2 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 578 kes (0.39%)

Jumlah kes di ICU: 195 kes

Pesakit intubated: 86 kes