Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nahas Sriwijaya Air: Lokasi kotak hitam pesawat berjaya ditemukan


JAKARTA: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Marsyal Hadi Tjahjanto memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah menemukan isyarat ping kotak hitam milik pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Pulau Laki.

Lapor CNN Indonesia, Hadi memberi jaminan bahawa anggota TNI akan segera mendapatkan kotak hitam tersebut bagi dianalisis.

“Pasukan TNI berjaya mengesan dua isyarat kotak hitam tersebut dan kita sudah pun menanda lokasi berkaitan.

video: Detik pertemuan serpihan Sriwijaya Air di dasar laut

“Pasukan SAR juga sudah mengenal pasti titik lokasi nahas dan giat mengumpul serpihan bangkai pesawat,” katanya.

Selain itu, Hadi juga berharap agar kotak hitam tersebut dapat dikeluarkan dari dasar laut dengan segera. 

-Utusan Malaysia

video: isyarat ping kotak hitam berjaya dikesan